JENIS PELAN PERLINDUNGAN

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare mempunyai 2 Jenis Pelan Perlindungan iaitu:

1. Pelan Individu

Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

2. Pelan Keluarga

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.

JENIS RAWATAN DILINDUNGI

Berikut merupakan jenis rawatan yang dilindungi oleh CuepacsCare.

HAD PERLINDUNGAN

Berikut merupakan had perlindungan bagi setiap ketidakupayaan dan jumlah had tuntutan bagi setiap satu tahun untuk kedua-dua pelan.

1. Pelan Keluarga

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak sebanyak RM60,000 setiap tahun.

RM20,000 – Setiap Ketidakupayaan
RM60,000 – Had Tahunan

1. Pelan Individu

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak sebanyak RM60,000 setiap tahun.

RM20,000 – Setiap Ketidakupayaan
RM40,000 – Had Tahunan

*Setiap ketidakupayaan adalah penghospitalan untuk penyakit yang sama dan komplikasinya dalam tempoh 90 hari. Jumlah had tahunan yang ditetapkan tidak akan berganda jika ahli tidak menggunakannya.

SKOP PERLINDUNGAN & JADUAL MANFAAT

Program Takaful CuepacsCare meringankan beban kos rawatan di hospital pakar swasta, bermula dari rundingan sebelum penghospitalan atau pembedahan sehingga rawatan susulan. Skop Perlindungan CuepacsCare termasuk:

SKOP PERLINDUNGAN & JADUAL MANFAAT

Program Takaful CuepacsCare meringankan beban kos rawatan di hospital pakar swasta, bermula dari rundingan sebelum penghospitalan atau pembedahan sehingga rawatan susulan. Skop Perlindungan CuepacsCare termasuk:

PENGECUALIAN

Berikut adalah pengecualian di bawah Program Takaful ini, untuk maklumat lengkap, sila rujuk “MAKLUMAT LENGKAP PENGECUALIAN”

  • Penyakit yang sedia ada
  • Penyakit khusus yang berlaku dalam tempoh 120 hari per tama bagi perlindungan ber terusan.
  • Penghospitalan ber tujuan penyiasatan
  • Dan lain-lain