PENGECUALIAN

  1. Penyakit sedia-ada.
  2. Penyakit Tertentu yang wujud dalam tempoh seratus-dua-puluh (120) hari pertama bagi perlindungan berterusan
  3. Tempoh Tangguh tiga-puluh (30) hari
  4. Pembedahan elektif kosmetik atau plastik kecuali pembedahan rekonstruktif yang diperlukan untuk memulihkan fungsi selepas Kemalangan yang berlaku dalam tempoh Takaful.
  5. Pemeriksaan mata, cermin mata, kanta sentuh dan prosedur pembedahan untuk pembetulan ralat refraktif mata dan penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik luaran atau peralatan pembetulan seperti anggota tiruan, alat pendengaran, implan perentak jantung dan preskripsinya.
  6. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana Kecederaan Akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful.
  7. Penjagaan persendirian, rawatan kerehatan atau penjagaan sanitaria, apa-apa rawatan yang diterima semata-mata sebagai penghospitalan pesakit luar yang pada dasarnya adalah bagi tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinaran-x, pemeriksaan am fizikal atau perubatan, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Hilang Upaya yang dilindungi, atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan sebarang rawatan pencegahan, ubat-ubatan pencegahan atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan khusus untuk pengurangan atau penambahan berat badan.
  8. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit yang diwarisi.
  9. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta penjagaan sebelum melahirkan atau selepas melahirkan, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif secara pembedahan, mekanikal, atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, penukaran jantina, disfungsi seksual termasuk impotensi, ujian atau rawatan berkaitan pemandulan dan berkhatan yang dilakukan atas sebarang sebab selain daripada penyakit atau jangkitan.
  10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja semasa siuman atau tidak siuman.
  11. Perang atau sebarang bentuk tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, perkhidmatan aktif di dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau rampasan kuasa.
  12. Pengecualian Sekatan – Kami tidak akan dianggap memberikan perlindungan atau akan membuat sebarang bayaran atau memberikan sebarang perkhidmatan atau manfaat kepada mana-mana Peserta atau individu yang dilindungi atau pihak lain sehinggakan perlindungan, pembayaran, perkhidmatan, manfaat itu akan melanggar sebarang undang-undang atau peraturan sekatan perdagangan dan ekonomi.
  13. Rawatan untuk sebarang keadaan perubatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pencemaran radioaktif atau sebarang bahan nuklear, termasuk pembakaran bahan api nuklear.
  14. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Anda dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya.
  15. Siasatan dan rawatan untuk gangguan tidur dan dengkur, gangguan psikiatri, Psikotik, gangguan mental atau saraf, termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik daripadanya, gangguan psikiatri seperti neuro-psikosis, skizofrenia dan lain-lain.
  16. Terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pembetulan tulang,
    rawatan ahli herba, urutan atau terapi aroma.
  17. Penjagaan atau rawatan di mana bayaran tidak diperlukan atau ianya telah dibayar oleh penginsurans/takaful lain atau gantirugi melindungi peserta, dan penyakit akibat tugas atau pekerjaan yang dilindungi di bawah
    kontrak insurans pampasan pekerja.
  18. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik daripadanya).
  19. Kos dan perbelanjaan untuk perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, perkhidmatan teleks, radio atau kemudahan seumpamanya, kit/pek kemasukan dan lain-lain barangan bukan perubatan yang tidak layak dituntut.
  20. Penyakit atau kecederaan yang timbul akibat sebarang jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional, mendaki gunung dengan menggunakan tali atau pemandu gunung dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
  21. Penerbangan persendirian selain daripada sebagai penumpang berbayar di dalam sebarang syarikat penerbangan berjadual komersil yang dilesenkan untuk membawa penumpang mengikut laluan yang ditetapkan.
  22. Sebarang peristiwa lain yang dilarang oleh prinsip Shariah.

PENERANGAN

Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi Dalam 120 Hari Pertama

Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada Peserta dalam masa 120 hari yang pertama:
a) Hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular
b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosel, varikosele
e) Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan
f) Gangguan spinal vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut

Penyakit Yang Sedia Ada

Penyakit Yang Sedia Ada bermaksud penyakit / kecacatan yang Peserta sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana:
a) Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan
b) Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan
c) Simptom-simptom pernah atau masih ketara atau
d) Kewujudan penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu

Takaful Bersama Peningkatan Bilik & Hidangan Hospital

Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital dengan kadar bilik dan hidangan hospital yang lebih tinggi dari manfaat yang diberi/dibenarkan, peserta harus menanggung 20% daripada manfaat-manfaat lain yang diberi, seperti yang terkandung dalam Jadual Manfaat.

Mana-Mana Satu Hilang Upaya

Hendaklah bermaksud semua tempoh hilang upaya yang terhasil daripada sebab yang sama termasuk sebarang dan semua komplikasinya kecuali jika Anda telah pulih sepenuhnya dan bebas daripada rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau rundingan mengenai keadaan tersebut) bagi hilang upaya itu selama sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar hospital dan hilang upaya yang berikutnya dari sebab yang sama hendaklah dianggap sebagai hilang upaya yang baru.