PENYERTAAN  |  PENGECUALIAN

PENGECUALIAN

Sijil Takaful ini tidak melindungi sebarang Penghospitalan, Pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut:

  1. Penyakit sedia ada.
  2. Penyakit tertentu yang telah dihidapi dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan.
  3. Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari bagi semua kecuali kecederaan kemalangan.
  4.  Pembedahan pilihan kosmetik atau plastiktermasuk tetapi tidak terhad kepada dua kelopak mata, jerawat, keloid, parut,tag kulit, alopecia/keguguran rambut yang tersebar atau rawatan komplikasi
    mereka, kecuali pembedahan pembentukan semula yang diperlukan untuk memulihkan fungsi
    selepas kemalangan yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  5.  Pemeriksaan mata, cermin mata, kanta sentuh dan semua jenis kanta dan prosedur pembedahan untuk pembetulan ralat refraktif mata dan penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik atau alat pembetulan luaran seperti anggota tiruan, alat bantu pendengaran, perentak yang diimplankan, aerochambers dan peralatan semburan (nebulizing), pad ortopedik, dan preskripsinya.
  6. Penyakit gigi termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  7. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dan semua jenis rawatan yang diterima terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tetapi tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  8.  Apa-apa rawatan atau penilaian untuk penyakit kongenital, keturunan atau tumbesaran, kecacatan, dan hilang upaya atau komplikasi yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, haemangioma, hidrosele.
  9. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan pranatal atau selepas bersalin, serta apa-apa pembedahan kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, menukar jantina, disfungsi seksual termasuk impotensi, ujian atau rawatan berkaitan pensterilan dan khatan yang dilakukan atas sebarang sebab.
  10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman.
  11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera.
  12. Pengecualian Sekatan – Kami tidak akan memberikan perlindungan atau akan membuat apa-apa bayaran atau memberikan apa-apa perkhidmatan atau manfaat kepada anda atau tanggungan anda atau pihak lain sekiranya perlindungan, pembayaran, perkhidmatan, manfaat itu akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan sekatan perdagangan atau ekonomi yang berkenaan.
  13. Rawatan untuk sebarang keadaan perubatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pencemaran radioaktif atau apa-apa bahan nuklear, termasuk pembakaran bahan api nuklear.
  14.  Perbelanjaan yang anda tanggung untuk mendermabmana-mana organ tubuh dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.
  15. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, imbasan PET, terapi sel stem, hiperhidrosis, terapi oksigen hiperbarik, gangguan psikiatri, psikotik, gangguan mental atau saraf, termasuk neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, gangguan psikiatri seperti neuropsikosis, skizofrenia dan lain-lain.
  16. Terapi penggantian hormon dan terapi alternatifb seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma.
  17. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak diperlukan atau yang dibayar oleh mana-mana pengendali takaful lain atau indemniti yang melindungi anda termasuk hilang upaya akibat daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Workmen’s Compensation Takaful Contract.
  18. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan, barang bukan perubatan lain yang tidak layak dan barang-barang yang tidak berkaitan secara langsung dengan rawatan perubatan hilang upaya.
  19. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional, mendaki gunung dengan menggunakan tali atau panduan gunung.
  20. Sakit atau kecederaan akibat daripada aktiviti yang tidak dibenarkan.
  21. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual yang mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
  22. Dadah terlarang, mabuk, penyakit veneral dan sekuelenya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan Aids) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
  23. Apa-apa rawatan yang berkaitan dengan tumbesaran yang lambat atau/dan ketidakupayaan pembelajaran.

PENERANGAN

Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi Dalam 120 Hari Pertama

Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada anda dalam masa 120 hari yang pertama:

  1. Hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular
  2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosel, varikosele
  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan
  6. Gangguan spinal vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut

Penyakit Yang Sedia Ada

Penyakit sedia ada terhad kepada hilang upaya yang tersedia ada sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa dan yang sewajarnya diketahui oleh anda. Anda boleh dianggap mempunyai pengetahuan sewajarnya terhadap penyakit sedia ada di mana anda telah mengalami salah satu keadaan yang berikut:

  1. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan
  2. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan
  3. Simptom-simptom pernah atau masih ketara atau
  4. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu

Mana-Mana Satu Hilang Upaya

Keseluruhan tempoh hilang upaya yang terhasil daripada sebab yang sama termasuk sebarang dan semua komplikasinya kecuali jika anda telah pulih sepenuhnya dan bebas daripada rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau nasihat tentang keadaannya) bagi hilang upaya itu selama sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar hospital dan hilang upaya yang berikutnya daripada sebab yang sama hendaklah dianggap sebagai hilang upaya yang baru.