Perlindungan 1
Bilik Dan Penginapan Hospital
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang perlu dari segi perubatan untuk bilik, penginapan dan makan. Jumlah manfaat hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh hospital semasa anda dirawat di hospital, tetapi tidak boleh melebihi kadar harian manfaat bilik dan penginapan dan bilangan hari maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Anda hanya Iayak menerima manfaat ini apabila dimasukkan ke hospital sebagai pesakit lebih dari enam (6) jam.
Perlindungan 2
Unit Rawatan Rapi
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang perlu dari segi perubatan untuk bayaran sebenar bilik dan penginapan yang ditanggung pesakit semasa dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi hospital. Bayaran manfaat ini hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh hospital tertakluk kepada kadar harian manfaat bilik dan penginapan dan bilangan hari maksimum, seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Sekiranya tempoh rawatan di Unit Rawatan Rapi melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful, pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital. Manfaat bilik dan penginapan hospital tidak akan dibayar sekiranya dimasukkan di hospital yang sama di mana Manfaat Unit Rawatan Rapi harian dibayar.
Perlindungan 3
Bekalan dan khidmat hospital
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk bayaran sebenar yang ditanggung semasa anda dimasukkan ke hospital sebagai pesakit untuk jagaan am, dadah dan ubat yang dipreskripsikan dan yang dimakan, pencucian dan pembalutan luka, anduh, acuan plaster, sinar-x, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolisma basal, suntikan dan larutan intravena, pemberian darah dan plasma darah, tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma, tidak boleh melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 4
Bayaran pembedahan
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk pembedahan oleh pakar / pakar bedah, termasuk penilaian pra-pembedahan, lawatan oleh pakar/pakar bedah dan rawatan selepas pembedahan dari tarikh keluar hospital, adalah tertakluk kepada jumlah bilangan hari maksimum dan jumlah maksimum seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful. Jumlah bayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan tidak boleh melebihi jumlah maksimum seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful sekiranya terdapat lebih daripada satu pembedahan dijalankan bagi mana-mana satu hilang upaya.
Perlindungan 5
Bayaran pakar bius
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh pakar bius untuk pemberian bahan bius tidak boleh melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 6
Bayaran bilik bedah
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk bilik bedah yang berkaitan dengan prosedur pembedahan tidak boleh melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 7
Ujian diagnostik pra hospital
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk ECG, sinar-x dan ujian makmal yang dijalankan untuk tujuan diagnostik bagi kecederaan atau penyakit berkaitan dengan hilang upaya sebelum dimasukkan ke hospital adalah tertakluk kepada bilangan hari dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful dan yang disyorkan oleh pengamal perubatan/pakar. Tiada bayaran akan dibuat untuk perkhidmatan diagnostik sekiranya anda tidak dikehendaki untuk menginap di hospital.
Perlindungan 8
Rundingan pakar pra hospital
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk rundingan kali pertama oleh pakar yang berkaitan dengan hilang upaya adalah tertakluk kepada bilangan hari dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful sebelum dimasukkan ke hospital dan dengan syarat rundingan itu adalah perlu dari segi perubatan dan telah disyorkan secara bertulis oleh pengamal perubatan/pakar. Bayaran tidak akan dibuat sekiranya anda tidak dimasukkan ke hospital untuk diagnosis keadaan yang dirawat itu.
Perlindungan 9
Lawatan pakar perubatan dalam hospital
Perlindungan 10
Rawatan selepas penghospitalan
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung bagi rawatan susulan oleh pakar perubatan yang sama adalah tertakluk kepada jumlah bilangan hari maksimum dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Rawatan selepas penghospitalan adalah untuk hilang upaya yang sama seperti semasa dimasukkan ke hospital yang memerlukan/tidak memerlukan pembedahan
Perlindungan 11
Bayaran ambulans
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk keperluan khidmat ambulans domestik (termasuk atendan) ke dan/atau dari hospital adalah tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Bayaran tidak akan dibuat jika anda tidak dimasukkan ke hospital.
Perlindungan 12
Rawatan pesakit luar bagi kemalangan
Pembayaran balik bagi Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung bagi kecederaan anggota badan yang dilindungi akibat daripada kemalangan untuk rawatan sebagai pesakit luar yang perlu dari segi perubatan di mana-mana klinik atau hospital berdaftar dalam tempoh 24 jam dari masa berlaku kemalangan adalah tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Rawatan susulan oleh doktor yang sama dari klinik atau hospital berdaftar yang sama untuk kecederaan anggota badan yang dilindungi yang sama adalah tertakluk kepada jumlah bilangan hari maksimum dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 13
Elaun tunai harian di hospital kerajaan
Pembayaran elaun tunai harian bagi setiap hari semasa dimasukkan ke hospital kerajaan Malaysia untuk hilang upaya yang dilindungi tertakluk kepada kadar Bilik dan Penginapan yang tidak melebihi jumlah dan bilangan hari yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful. Manfaat ini tidak akan dibayar bagi skim pesakit yang membayar penuh di hospital kerajaan.
Perlindungan 14
Bayaran laporan perubatan
Pembayaran balik bayaran sebenar yang dikenakan bagi laporan perubatan yang lengkap oleh pakar perubatan/pakar bedah yang merawat untuk setiap hilang upaya tetapi tidak boleh melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 15
Cukai ke atas perbelanjaan yang layak
Pembayaran balik jumlah cukai ke atas perbelanjaan yang layak yang dikenakan oleh klinik atau hospital bagi pembekalan dan perkhidmatan bercukai yang diberikan kepada anda, yang dibayar di bawah Sijil Induk ini tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 16
Pemindahan Organ
Pembayaran balik Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang anda tanggung sebagai penerima organ bagi pembedahan pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati atau sum-sum tulang. Pembayaran bagi manfaat ini adalah tertakluk kepada had yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful dan dibayar hanya sekali seumur hidup. Kos pemerolehan organ dan semua kos yang ditanggung oleh penderma tidak dilindungi.
Perlindungan 17
Rawatan kanser pesakit luar
Jika anda didiagnosis menghidap kanser seperti yang dinyatakan di bawah, pembayaran balik Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk rawatan kanser yang dijalankan di pusat rawatan kanser berdaftar yang sah tertakluk kepada had bagi hilang upaya seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful. Jenis rawatan yang dilindungi sebagai rawatan kanser hanya terhad kepada radioterapi dan kemoterapi (suntikan atau hisapan), termasuk rundingan, ujian pemeriksaan dan ubat yang dibawa pulang.
Rawatan tersebut hendaklah diterima atau dinasihat oleh jabatan pesakit luar hospital atau di pusat rawatan kanser berdaftar atau sebaik sahaja keluar dari hospital atau selepas pembedahan.
Kanser ditakrifkan sebagai sel malignan yang tumbuh dan merebak secara tidak terkawal dan serangan serta pemusnahan tisu normal yang dianggap memerlukan rawatan perantaraan atau pembedahan utama (tidak termasuk prosedur endoskopi). Kanser tersebut mesti disahkan oleh bukti malignansi histologi.
Ia adalah syarat khas bagi manfaat ini, tanpa menyentuh pengecualian ke atas keadaan sedia ada. Manfaat ini tidak akan dibayar kepada anda yang telah didiagnosis sebagai pesakit kanser dan/atau menerima rawatan kanser sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan takaful seperti dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful.
Perlindungan 18
Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar
Jika anda didiagnosis sebagai mengalami kegagalan buah pinggang seperti yang dinyatakan di bawah, pembayaran balik Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang perlu dari segi perubatan dan perlu ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang dijalankan di pusat dialisis berdaftar yang sah tertakluk kepada had hilang upaya ini seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Rawatan tersebut (dialisis termasuk rundingan, ujian pemeriksaan dan ubat yang dibawa pulang) hendaklah diterima di jabatan pesakit luar hospital atau di pusat rawatan dialisis berdaftar atau sebaik sahaja selepas keluar dari hospital atau pembedahan.
Kegagalan Buah Pinggang bermaksud kegagalan renal peringkat akhir yang menyebabkan kegagalan kronik, kegagalan kedua-dua buah pinggang yang tidak dapat dipulihkan untuk berfungsi dan oleh itu dialisis renal perlu dimulakan.
Ia adalah syarat khas bagi manfaat ini, tanpa menyentuh pengecualian ke atas keadaan sedia ada. Manfaat ini tidak akan dibayar jika anda telah mengalami penyakit renal kronik dan/atau menerima rawatan dialisis sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan takaful.
Perlindungan 19
Had maksimum setiap kemasukan ke hospital dan setiap mana-mana satu hilang upaya
Pembayaran balik Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk perkhidmatan dan/atau rawatan yang diberikan kepada anda adalah terhad kepada had maksimum untuk setiap kemasukan ke hospital dan setiap mana-mana satu hilang upaya seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful tanpa mengira jenis hilang upaya. Manfaat berbayar seterusnya adalah tertakluk kepada had keseluruhan tahunan yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful. Jumlah berlebihan yang melebihi had tidak akan dibayar.