COVID-19 Test Fund (“CTF”)

Didalam menyokong usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan lebih banyak ujian saringan COVID-19 dikalangan rakyat Malaysia, pihak industri insuran dan takaful telah memperuntukkan dana sebanyak RM8 juta untuk menubuhkan Dana Saringan COVID-19 (“CTF atau COVID-19 Test Fund”) bagi tujuan pembayaran balik kos ujian saringan COVID-19 (sehingga RM300 per individu) Orang Yang Diinsuranskan/ Orang Dilindungi yang layak.

Oleh kerana CTF adalah sebuah dana khusus bagi pemegang polisi/sijil yang layak dari kesemua insurans dan pengendali takaful di Malaysia, kesemua tuntutan yang dikemukakan akan diproses berdasarkan konsep ‘first-come-first-served’ sehingga dana RM8 juta tersebut habis digunakan. Sila rujuk jadual dibawah untuk maklumat lanjut: Orang

Siapakah yang layak?

  1. Orang Dilindungi FWD Takaful (termasuk CuepacsCare) yang memiliki sijil Takaful Perubatan & Kesihatan berkelompok/individu seperti pelan tanggungan perubatan, pelan hospital dan pembedahan, pelan pendapatan hospital dan pelan penyakit kritikal atau penyakit serius atau mana-mana pelan takaful serupa yang menawarkan manfaat yang sama.

  2. Sijil tersebut mestilah berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada tarikh ujian saringan COVID-19 dilaksanakan.

  3. Penggunaan dana CTF tersebut juga diperluaskan kepada rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia tetapi tidak termasuk skim Penghospitalan Pekerja Asing.

  4. Orang Dilindungi FWD Takaful (termasuk CuepacsCare) perlulah dirujuk oleh doktor berdaftar bagi ujian saringan COVID-19 disebabkan kerana:
    a) Disifatkan sebagai ‘persons under investigation (“PUI”)’ seperti ditakrifkan oleh KKM atau;
    b) Mempunyai hubungan rapat dengan kes positif COVID-19

  5. Ujian saringan COVID-19 tersebut hendaklah dilaksanakan bermula dari 27 Mac 2020 di makmal-makmal perubatan yang disahkan dan disenaraikan didalam laman sesawang COVID-19 KKM.

Bagaimana untuk memohon?

Orang Dilindungi FWD Takaful (termasuk CuepacsCare) yang memenuhi kriteria boleh memohon secara dalam talian melalui portal CTF di www.MyCTF.my. Portal CTF boleh digunakan bagi permohonan tuntutan dalam masa beberapa hari lagi. Sila semak portal ini untuk mendapatkan status terkini.

Nota Penting:

  1. Kesemua tuntutan hendaklah dihantar melalui portal CTF.

  2. Permohonan dalam talian perlulah dilengkapkan dan dokumen sokongan perlulah dimuatnaik ke portal CTF. Orang Dilindungi FWD Takaful (termasuk CuepacsCare) juga perlulah menyediakan akaun perbankan yang sah bagi tujuan pemindahan kredit pembayaran tuntutan.

  3. Notifikasi kelulusan tuntutan akan dihantar melalui e-mel dan pembayaran tuntutan adalah dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

  4. Pembayaran adalah tertakluk kepada baki dana CTF.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kelayakan, permohonan, garis panduan dan juga soalan-soalan lazim, sila hubungi 15500 / 1-300-22-11-88 atau layari www.MyCTF.my.