PROFIL SYARIKAT

Selamat datang ke Medicare Assistance Sdn. Bhd., sebuah Agensi Takaful yang menawarkan perlindungan Takaful Keluarga yang komprehensif melalui Pengendali Takaful yang bertaraf tinggi. Medicare dikendalikan oleh para kakitangan yang profesional dan terbukti komited dalam memberi perkhidmatan efisien kepada seluruh Penjawat Awam di Malaysia.

Tujuan Medicare adalah ringkas; iaitu untuk mengenalpasti dan mengurangkan pendedahan pelanggan Medicare terhadap risiko. Medicare melakukannya dengan menekankan perlindungan yang tinggi, sumbangan yang kompetitif, dan kesederhanaan dalam segala urusan Takaful.

Pendekatan Medicare adalah secara langsung; untuk menganalisis keperluan Takaful pelanggan Medicare dengan lengkap, merancang program perlindungan Takaful yang bertanggung jawab, dan menempatkan perlindungan melalui Pengendali Takaful yang menawarkan perlindungan dengan kos yang paling efektif dan bersesuaian dengan keperluan peserta.

VISI

Medicare bertujuan untuk menjadi sebuah Agensi Takaful pilihan dengan amalan-amalan terbaik serta memberi perkhidmatan yang melebihi prestasi terbaik industri Takaful kepada para peserta Takaful.

MISI

Medicare ingin memenuhi aspirasi semua pemangku kepentingan (stakeholder) dengan menjadi proaktif dan memenuhi keperluan yang sering berubah dari peserta Takaful melalui nilai tambah produk dan perkhidmatan.

OBJEKTIF

Medicare akan memastikan seluruh Penjawat Awam dilindungi melalui Program Takaful Khas yang komprehensif dan menyeluruh.