Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CUEPACSCARE telah diperkenalkan sebagai alternatif untuk warga Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan bagi membiayai kos rawatan yang tinggi di hospital pakar swasta dengan kadar sumbangan yang mampu disertai oleh semua peringkat Penjawat Awam.
Walaupun warga Penjawat Awam layak untuk mendapatkan rawatan percuma yang komprehensif di Hospital Kerajaan tetapi proses untuk mendapatkan rawatan pakar dengan segera di Hospital Kerajaan boleh menjadi rumit kerana:
- Bilangan pesakit yang terlalu ramai di Hospital Kerajaan
- Kekurangan Doktor Pakar di Hospital Kerajaan
UNIMAS memberi subsidi penuh kepada semua kakitangan UNIMAS untuk menyertai Program Takaful CuepacsCare bagi Pelan Individu.
RM40,000 / Setahun
Kad Perubatan CUEPACSCARE diterima lebih 70 Panel Hospital Pakar Swasta di seluruh negara.
- BINTULU MEDICAL CENTRE
- COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE MIRI
- KPJ KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
- KPJ SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE
- REJANG SPECIALIST HOSPITAL
- NORMAH MEDICAL SPECIALIST CENTRE
- TIMBERLAND MEDICAL CENTRE
Proses penyertaan Takaful CUEPACSCARE amat mudah. Anda hanya perlu mengisi borang permohonan sahaja kerana bayaran bulanan dibayar sepenuhnya oleh UNIMAS. Pemeriksaan perubatan juga tidak diperlukan.
Pra-Penghospitalan
(30 hari sebelum)
>
Penghospitalan
(Semasa kemasukan)
>
Rawatan Susulan
(30 hari selepas)
- Bilik & penginapan di hospital atau unit rawatan rapi
- Rawatan pesakit luar bagi kemalangan & kecemasan
- Bayaran pembedahan, bilik bedah & pakar anestasia
- Rawatan dialisis buah pinggang & rawatan kanser pesakit luar
- Bekalan & khidmat penghospitalan
- Yuran ambulans, laporan perubatan & elaun tunai harian di Hospital Kerajaan
- Perundingan pakar & ujian diagnosis pra-penghospitalan
- Rawatan susulan