Perlindungan 1
Bilik Dan Penginapan Hospital
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk bilik penginapan dan makanan. Jumlah manfaat adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital semasa peserta dimasukkan ke hospital, dan manfaat ini tidak boleh, walau untuk satu hari, melebihi kadar manfaat bilik dan penginapan, dan jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Peserta hanya berhak mendapat manfaat ini semasa dimasukkan ke hospital sebagai pesakit-dalam.
Jika jumlah manfaat bilik hospital melebihi kadar sebenar yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat, makapeserta akan menanggung baki mengikut caj yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak.
Perlindungan 2
Unit Rawatan Rapi
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk bilik dan penginapan sebenar semasa dimasukkan sebagai pesakit-dalam di unit rawatan rapi hospital. Manfaat ini akan dibayar bersamaan dengan caj sebenar yang dibuat oleh hospital tertakluk kepada manfaat maksimum untuk mana-mana satu hari, dan jumlah maksimum hari, sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat. Sekiranya tempoh dimasukkan ke unit rawatan rapi melebihi had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat, pembayaran balik adalah terhad kepada kadar standard bilik dan penginapan hospital harian.
Tiada manfaat bilik dan penginapan hospital akan dibayar untuk tempoh kemasukan yang sama di mana manfaat harian unit rawatan rapi telah dibayar.
Perlindungan 3
Yuran Pembedahan
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk pembedahan oleh pakar, termasuk lawatan penilaian pra-pembedahan oleh pakar kepada peserta dan penjagaan pasca-pembedahan sehingga jumlah hari maksimum bermula dari tarikh pembedahan, tetapi tertakluk kepada jumlah maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Jika lebih dari satu pembedahan dijalankan untuk mana-mana satu penyakit, jumlah bayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan tidak boleh melebihi had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 4
Yuran Pakar Anestesia
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan oleh pakar anestesia untuk pelaksanaan anestesia yang perlu secara perubatan tidak melebihi had yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 5
Bilik Bedah
Kami akan membayar balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk Bilik Bedah yang berkaitan dengan prosedur pembedahan tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
Perlindungan 6
Perkhidmatan Dan Bekalan Hospital
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan sebenar yang dikenakan untuk kejururawatan, ubat-ubatan dan dadah yang dipreskripsikan dan digunakan, balutan, penganduh, kas plaster, sinar-x, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolism asas, suntikan dan cairan intravena, pelaksanaan transfusi darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa peserta dimasukkan sebagai pesakit-dalam di Hospital, sehingga jumlah yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 7
Lawatan Doktor Perubatan Dalam Hospital
Kami akan membayar balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh Pakar Perubatan untuk lawatan yang diperlukan dari segi perubatan ke atas pesakit yang berbayar semasa dimasukkan ke hospital kerana hilang upaya bukan pembedahan dan tidak melebihi bilangan maksimum lawatan, bilangan hari dan jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
Perlindungan 8
Perkhidmatan Diagnostik Pra-hospital
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk ECG, sinar-X dan ujian makmal yang dilakukan untuk tujuan diagnostik semasa berlaku kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan penyakit sebelum kemasukan ke hospital tidak melebihi jumlah hari dan had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat di hospital dan telah disarankan oleh pengamal perubatan yang layak. Tiada bayaran akan dibuat jika selepas perkhidmatan diagnostik dibuat, peserta tidak dimasukkan ke hospital untuk merawat keadaan perubatan yang telah didiagnos. Ubat-ubatan dan kos rundingan yang dicaj oleh pengamal perubatan tidak akan dibayar.
Perlindungan 9
Rundingan Pakar Pra-hospital
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan untuk rundingan kali pertama oleh pakar mengenai penyakit tidak melebihi jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat sebelum dimasukkan ke hospital dan tertakluk bahawa rundingan tersebut adalah perlu secara perubatan dan telah disarankan secara bertulis oleh pengamal perubatan am yang merawat.
Bayaran tidak akan dibuat untuk rawatan klinikal (termasuk ubat-ubatan dan rundingan susulan selepas penyakit didiagnos) atau di mana peserta tidak dimasukkan ke hospital untuk merawat keadaan perubatan yang telah didiagnos.
Perlindungan 10
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung akibat kecederaan tubuh yang dilindungi akibat kemalangan untuk rawatan yang perlu secara perubatan sebagai pesakit luar di mana-mana klinik berdaftar atau hospital dalam masa 24 jam selepas kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh yang dilindungi, sehingga jumlah maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Rawatan susulan oleh doktor yang sama atau klinik atau hospital berdaftar yang sama untuk kecederaan tubuh yang dilindungi yang sama akan disediakan tidak melebihi had dan jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 11
Rawatan Pasca-hospital
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk rawatan susulan oleh doktor. Kami akan membayar balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung dalam rawatan susulan untuk Hilang Upaya seperti semasa dimasukkan ke hospital sebaik sahaja selepas keluar dari hospital untuk Hilang Upaya bukan pembedahan, dalam tempoh bilangan hari dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
Perlindungan 12
Yuran Ambulans
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk perkhidmatan ambulans domestik yang diperlukan (termasuk atendan) ke dan/atau dari hospital yang peserta dimasukkan. Bayaran tidak akan dibuat jika peserta tidak dimasukkan ke hospital dan tertakluk kepada had yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 13
Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
Bayaran elaun harian untuk setiap hari sewaktu dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia akibat penyakit yang dilindungi, hanya jika peserta telah dicaj dengan kadar bilik dan penginapan yang tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.
Perlindungan 14
Rawatan Kanser Pesakit-luar
Jika Anda didiagnosis menghidap kanser seperti yang dinyatakan di bawah, Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk rawatan kanser yang dijalankan di pusat rawatan kanser berdaftar yang sah tertakluk kepada had bagi hilang upaya ini seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil. Jenis rawatan yang dilindungi sebagai rawatan kanser hanya terhad kepada radioterapi atau kemoterapi (suntikan atau hisapan), termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, dadah yang dibawa pulang.
Rawatan tersebut hendaklah diterima atau dinasihat di jabatan pesakit luar Hospital atau di pusat rawatan kanser berdaftar atau sebaik sahaja selepas keluar dari Hospital atau selepas pembedahan.
Kanser ditakrifkan sebagai sel malignan yang tumbuh dan merebak secara tidak terkawal, dan serangan serta pemusnahan tisu normal tersebut dianggap memerlukan rawatan perantaraan atau pembedahan utama (tidak termasuk prosedur endoskopi). Kanser tersebut mesti disahkan oleh bukti malignansi histologi.
Perlindungan 15
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit-luar
Jika peserta didiagnos dengan kegagalan buah pinggang yang dinyatakan di bawah, kami akan membayar balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang perlu secara perubatan yang dilakukan di pusat dialisis berdaftar secara sah, tertakluk kepada had untuk hilang upaya ini sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat.
Ianya adalah syarat khusus manfaat ini iaitu tanpa mengambil kira pengecualian keadaan sedia-ada, manfaat ini tidak akan dibayar kepada mana-mana peserta yang telah mengidap hilang upaya buah pinggang kronik dan/atau sedang menerima rawatan dialisis sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan.
Perlindungan 16
Pemindahan Organ
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung bagi rawatan transplan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati dan sum-sum tulang. Pembayaran bagi manfaat ini hendaklah terhad kepada had yang dinyatakan dalam Jadual Sijil. Kos pemerolehan organ dan semua kos yang ditanggung oleh penderma tidak dilindungi.
Perlindungan 17
Cukai Perkhidmatan Kerajaan
Pembayaran balik cukai kerajaan mengikut kadar semasa.
Perlindungan 18
Yuran Laporan Perubatan
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan untuk melengkapkan laporan perubatan oleh doktor atau pakar bedah yang merawat tidak melebihi had maksimum sebagaimana dinyatakan di dalam jadual manfaat.