Bagi memberikan perlindungan yang
lebih komprehensif kepada penjawat
awam, FWD Takaful dan CUEPACS
bersetuju untuk memansuhkan Bayaran
Bersama (Co-Payment) sebanyak 20%
daripada keseluruhan bil yang
dilindungi CuepacsCare sekiranya bilik
dan penginapan dinaik taraf lebih
daripada kadar yang ditetapkan di
dalam Jadual Sijil Takaful. Perkara ini
akan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2021.